PELUCUTHAKAN HARTA JIKA TIADA PENDAKWAAN (DI BAWAH S.56(1) DAN 61(2) AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN 2001)
NOTIS KEPADA PIHAK KETIGA
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], notis diberikan kepada mana-mana pihak ketiga, yang menuntut mempunyai apa-apa kepentingan dalam harta yang dinyatakan dalam Jadual yang menjadi hal perkara dalam prosiding di bawah subseksyen 56(1) dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 terhadap Latchimanan a/l Perumal (KP. No. 630405-02-5633) dan Keevhen Enterprise, untuk hadir di hadapan Mahkamah Tinggi 5, Shah Alam pada 1 April 2008 pukul 9.00 pagi untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakkan.
JADUAL
1. Wang tunai berjumlah RM41,880.00 yang disita daripada Timbalan Penguasa Kamaludin bin Ismail (KP. No. G/10152), Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Shah Alam yang diperoleh daripada Latchimanan a/l Perumal.
2. Wang tunai berjumlah RM129,400.00 dalam akaun Keevhen Enterprise di Bumiputra Commerce Bank Berhad, Seberang Jaya 1, Jalan Todak 3, Bandar Baru Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang, nombor akaun 0718-0002267-05-4.
TARIKH KEPUTUSAN : 1 April 2008
NOTA PROSIDING :
Notis di atas telah ditetapkan untuk didengar pada hari untuk mana-mana pihak ketiga yang mempunyai kepentingan di dalam harta-harta yang dinyatakan di dalam Jadual di atas untuk hadir Mahkamah bagi menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak boleh dilucuthakan.
Walau bagaimanapun pada jam 10.00 pagi apabila kes dipanggil tiada mana-mana pihak ketiga hadir ke Mahkamah bagi menunjukkan sebab mengapa harta-harta di dalam Jadual tidak bolah dilucuthakan.
KEPUTUSAN :
Mahkamah memerintahkan kesemua harta yang disenaraikan di dalam Jadual dalam Notis Kepada Pihak Ketiga dilucuthakan kepada Kerajaan Persekutuan.
Sumber: Jabatan Peguan Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment