KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia bersama-sama Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan siasatan ke atas G-Gold Gallery Sdn Bhd dan syarikat berkaitan dengannya yang disyaki menjalankan kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan di sini, Bank Negara berkata kedua-dua kegiatan itu merupakan kesalahan, masing-masing di bawah subseksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan subseksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

"Aset dan dokumen berkenaan syarikat itu telah dirampas untuk disiasat. Kediaman pengarah-pengarah syarikat juga telah diserbu sebagai sebahagian daripada penyiasatan ini," kata kenyataan itu.

Bank Negara berkata serbuan secara bersama itu telah dijalankan di Kuala Lumpur dan Ipoh berikutan aduan daripada orang ramai.

Bank turut mengingatkan orang ramai tidak terlibat dalam skim cepat kaya untuk mengelakkan mereka kehilangan wang.

-- BERNAMA (22 Mei 2006)

4 comments
  1. Saffan January 15, 2026 at 1:28 AM  

    blogs is best , thanks ofr sharing with us
    Smart invest

  2. Rayyan January 26, 2026 at 1:15 AM  

    Good read for digital marketing understanding.
    Result-driven digital marketing tools

  3. hunain khalid February 2, 2026 at 10:41 PM  

    Great informative article! thanku for sharing.
    Beginner stock investment tips

  4. M.ali February 26, 2026 at 1:21 AM  

    Nice helpful articles, thank you for sharing with us.
    Safe stock market investments