Penyata dan laporan kewangan merupakan satu cara komunikasi yang paling berkesan antara kedua-dua belah pihak, iaitu pelabur dan syarikat. Para pelabur akan bergantung sepenuhnya pads penyata kewangan tahunan yang akan memberikan maklumat sama ada modal pelaburan mereka digunakan dengan betul, cekap dan menguntungkan atau sebaliknya dalam syarikat yang mereka labur. Manakala pihak pengurusan yang sentiasa bergantung pada laporan kewangan bagi membuat keputusan yang cepat dan betul semasa mengurus syarikat di samping menjaga dan mengawal modal yang dilaburkan di dalam syarikat mereka. Bagi pihak kerajaan pula, laporan kewangan tahunan syarikat dapat menunjukkan jumlah pendapatan yang boleh dicukai.

Secara ringkasnya, penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata aliran tunai serta nota kepada akaun, bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang hasil kendalian syarikat untuk tempoh perakaunan dan kedudukan kewangan pada tarikh akhir tempoh tersebut. Maklumat kewangan itu diperlukan oleh pengguna yang berikut:

(a) Pengurus syarikat.

(b) Para pelabur.

(c) Pemiutang.

(d) Para pekerja.

(e) Pihak kerajaan.

(f) Para pengguna lain.


0 comments