Soalan 4

What factors should an external auditor use to assess the competence and objectivity of internal auditors?


Jawapan :

Juruaudit dalaman adalah pekerja dalam syarikat dan berfungsi untuk membantu pihak pengurusan dalam melaksanakan tanggungjawab. Antaranya ialah memantau kawalan dalaman, memeriksa maklumat kewangan dan operasi serta menilai kembali kecekapan operasi.

Standard pengauditan memberikan juruaudit luar kefahaman yang cukup bagi aktiviti juruaudit dalaman syarikat dalam mempertimbangkan kesan ke atas prosedur audit luaran.

Antara faktor yang perlu digunakan oleh juruaudit luaran untuk membantu ‘competence’ dan ‘objektivity’ juruaudit dalaman ialah:

· Status organisasi

- Juruaudit dalaman perlu membuat laporan kepada pihak tertinggi pengurusan dan bebas daripada sebarang tanggungjawab ataupun tugas operasi dalam syarikat.

· Skop fungsi

- Bentuk dan keluasan fungsi yang dipersembahkan oleh juruaudit dalaman dapat mempengaruhi kegunaan dan kesesuaian juruaudit dalaman kepada objektif juruaudit luaran.


· ‘Technikel competence’ (Kemampuan teknikal)

- Juruaudit luaran perlu menyangkakan samaada juruaudit dalaman mempunyai latihan dan kemahiran yang mencukupi sebagai juruaudit dalamansyarikat tersebut.


· Due professional care

- Memerlukan supaya juruaudit dalaman merancang, menyemak dan mendokumenkan dengan sempurna ke atas kerja yang telah dilaksanakan.

- Juruaudit luar akan melihat dari segi kecukupan manual audit, perancangan kerja dan dokumentasi kerja-kerja yang telah dijalankan.

Disediakan oleh:
IZYAN FARHANA BINTI SHARIFF

0 comments