5-29 TBL & Co was the auditors of Adam Sdn Bhd's financial statements for the year ended Dec 31, 2005. On November 1, 2006, Adam notified TBL & Co that it was charging auditors and that TBL & Co services were terminated. On Nov 5, 2006, Adam invited Hasan, a senior partner of Hasan, Hamid & Co., chartered accountants, to make a proposal for an engagement to audit its financial statements for the year ended Dec 31, 2006.

a) What procedures concerning TBL & Co should Hasan perform before accepting the engagement?
b) What additional procedures should Hasan consider performing during the planning phase of this audit (after accepting the engagement) that would not performed during the audit of a continuing client?


5-30) Pasukan lembaga pengarah audit Chik Bhd telah melantik Ton & Co untuk mengaudit penyata kewangan Chik pada tahun 31 December 2006. Selepas memutuskan penerimaan ikatan tersebut, Tan & Co. telah mendrafkan surat ikatan untuk di berikan kepada pasukan lembaga pengarah audit Chik Bhd.

Apakah perkara utama yang perlu mengambil kira dalam surat ikatan yang di buat oleh Ton & Co ?



Jawapan:

5-29 a)

Surat ikatan ialah surat perjanjian formal antara juruaudit dengan pelanggan. Ia juga adalah sebagai kontrak yang mengikat kedua-dua belah pihak. Surat tersebut mengesahkan penerimaan perlantikan objektif dan skop audit tanggungjawab juruaudit dan bentuk laporan.

Antara aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh TBL & Co sebelum menerima atau membuat ikat janji ialah:

1) Penerimaan perlantikan atau penerusan

· Bagi perlantikan baru, juruaudit disarankan supaya menyiasat secara terperinci latar belakang pelanggan sebelum membuat keputusan , menerima atau menolak perlantikan tersebut terutamanya jika pelanggan tersebut telah mempunyai juruaudit sebelum itu.

· Bagi permohonan penerusan tugas, juruaudit dikehendaki menilai secara berkesan dan berpuas hati terhadap tahap kerjasama yang diperolehi, reliability dan tahap risiko pelanggan.

2) Menilai kompiten dan kebebasan

· Juruaudit perlulah membuat kajian tentang sejarah lampau tentang reputasi bakal pelanggan iaitu dengan mendapatkan penyata kewangan dan membuat analisis daripadanya serta menghubungi rakan perniagaan, bank atau apa-apa entity yang mempunyai hubungan perniagaan dengannya.

· Disamping itu, juruaudit boleh menghubungi bekas juruaudit ataupun berbincang dengan bakal pelanggan.

· Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan nama juruaudit tercemar dengan pelanggan yang buruk.

3) Menetapkan terma-terma ikatan

· Penetapan terma-terma ikatan perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko salah tafsiran, apa-apa yang dijangkakan atau diperlukan oleh pihak lain.

· Terma-terma ikatan perlu didokumenkan dalam surat ikatan yang mengandungi objektif ikatan dan pengurusan.

· Jenis audit penyata kewangan merstilah dijalankan untuk mematuhi Akta Syarikat 1965 atau lain-lain badan perundangan di Malaysia. Ia juga penting bagi mematuhi objejtif dan skop ikatan yangbtelah ditetapkan oleh undang-undang.

· Surat ikatan ini perlulah dihantar pada pelanggan untuk didokumenkan dan mengesahkan terma ikatan tersebut.

Disediakan Oleh :
Izyan Farhana


JAWAPAN

5-29 b)


1)Keperluan staff dan penggunaan pakar
-merancang keperluan sumber bagi audit seperti penggunaan pasukan yang berpengalaman untuk audit yang berisiko tinggi atau penglibatan pakar dalam perkara kompleks.
-firma audit perlu memastikan ikatan audit mereka boleh disiapkan dengan mempunyai latihan teknikal yang secukupnya.

2)Pertimbangan materiality dan risiko

3)Undang2 dan peraturan yang digunapakai ketidakpatuhan
-ketidakpatuhan ditakrifkan sebagai tindakan pengabaian atau penggunaan sama ada berniat sengaja atau tidak sengaja yang bertentangan dengan undang2.
-juru audit prlu mengenal pasti ketidakpatuhan undang2 oleh entity pelanggan yang akan beri kesan material kepada penyata kewangan.

4)Mengenal pasti pihak2 yang berkepentingan
-juru audit mestilah mengesan urus niaga yang melibatkan entity berkepentingan semasa audit dijalankan.
-urusniaga yang melibatkan entity berkepentingan tidak dijalankan pada nilai saksama.

5)Mempertimbangkan isu keupayaan berterusan
-prinsip usaha berterusan adalah andaian asas dalam menyediakan penyata kewangan .
-pihak pengurusan mesti membuat penilaian tentang keupayaan entity untuk terus beroperasi.

Disediakan Oleh :
Noor Alimiah Ramli


Jawapan

5-30
- Kandungan utama surat ikatan audit akan kebiasaannya mengambil kira rujukan kepada :

a) Objektif audit bagi penyata kewangan. ( The objective of the audit of financial statements )

b) Pengurusan bertanggungjawab untuk penyata kewangan. ( Management’s responsibility for the financial statements )

c) Skop audit, mengambil kira rujukan berdasarkan piawaian yang bersesuaian. ( The scope of the audit, including reference to applicable standards. )

d) Bentuk laporan. ( The form of reports )

e) Menghadkan audit semula jadi, dan risiko salahnyata material. ( The inherent limitations of an audit, and the risk that material misstatements may remain undiscovered. )

- Surat ikatan adalah satu surat rasmi yang menyatakan persetujuan yang dicapai antara juruaudit dan pelanggan. Ia merupakan satu kontrak yang menggariskan tanggungjawab antara kedua-dua pihak dan mengelakkan berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak tersebut. Juruaudit dan pelanggan harus bersetuju pada tempoh ikatan di lakukan, dimana sebaik-baiknya perlu mencatat didalam surat ikatan audit atau lain-lain yang sesuai dengan bentuk kontrak ( ISA 210 ).

Menggunakan surat ikatan adalah bagus dalam susunan latihan audit untuk menggelakkan berlaku perselisihan faham. Surat tersebut mengesahkan penerimaan perlantikkan, objektif dan skop audit, had tanggungjawab juruaudit dan bentuk laporan.Untuk penyata kewangan audit di bawah keperluan undang-undang Akta Syarikat, 1965, tempoh ikatan mesti memenuhi peruntukkan akta tersebut.

Disediakan Oleh :
NUR RAIHANAH BT AHMAD
SITI FATIMAH BT AYOB

0 comments