LO1:Understand the importance of internal control to management and auditors.

Kawalan dalam memainkan peranan penting bagi pengurusan memenuhi tanggungjawab sebagai pemegang amanah (stewardship) atau tanggungjawab sebagai wakil (agen). Tanggungjawab pengurusan ialah mengekalkan kawalan yang boleh memberikan jaminan kawalan yang cukup wujud keatas aset dan rekod entiti atau syarikat. Kawalan dalaman yang baik tidak hanya memastikan aset dan rekod dijaga dengan selamat, tetapi juga mewujudkan persekitaran di mana kecekapan dan keberkesanan digalakkan dan dipantau. Pengurusan juga memerlukan sistem kawalan yang menjanakan maklumat yang boleh disandarkan bagi pembuatan keputusan. Jika sistem maklumat tidak menjanakan maklumat yang boleh disandarkan bagi pembuatan keputusan, pihak pengurusan sukar untuk menentukan harga produk, kos pengeluaran, dan keuntungan.


Juruaudit perlu menjamin keboleh sandaran data yang dijanakan olehsistem maklumat dalam bentuk bagaimana ia memberi kesan kepada pandangan benar dan saksama sesuatu penyata kewangan dan bagaimana keselamatan segala aset dan rekod entiti dijaga dengan baik. Juruaudit menggunapakai prosidur penilaian risikountuk mendapatkan kefahaman mengenai kawalan dalaman entiti. Juruaudit menggunakan kefahaman ini untuk mengenalpasti jenis potensi salahnyataan; mempertimbangkan faktor yang memberi kesan kepada risiko salahnyataan material; dan mereka bentuk, masa, serta kedalaman prosidur audit lain. Perhubungan yang bertentangan antara kawalan dalaman dengan amaun bukti pengesahan yang diperlukan oleh juruaudit. Dengan lain perkataan apabila juruaudit memperolehi lebih bukti kawalan ia bermaksud juruaudit hanya perlu sedikit sahaja ujian bukti pengesahan.


0 comments