q Definasi Etika :

Kelakuan yang mempunyai nilai atau moral yang tinggi. Kelakuan beretika adalah teras kepada profesyen pengauditan.



Ø Kenapa diperlukan kelakuan beretika?

a) Teras kepada profesyen pengauditan

b) Supaya masyarakat beroperasi dengan cara yang tersusun. Adalah penting sehingga dijadikan undang-undang. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kelakuan seperti, ketulusan, keikhlasan, tidak boleh digubal oleh undang-undang.

c) Menjaga kredibiliti profesyen . Untuk mendapat keyakinan awam supaya mutu perkhidmatan yang diberikan dipandang bermutu tinggi.



Ø 2 sebab kenapa kelakuan tidak beretika berlaku:

a) Piawai etikanya berbeza daripada masyarakat amnya. Contoh: perompak

b) Bertindak untuk kepentingan dirinya tanpa memikirkan orang lain.




Ø 4 ujian bagi kelakuan etika:

a) Adakah ianya benar?

b) Adakah ianya adil kepada semua terlibat?

c) Adakah ianya boleh membina Muhibbah dan perhubungan yang lebih baik?


kodetikabaru

Ø Kod Etika

Terdiri daripada kenyataan am kelakuan yang ideal atau peraturan khusus yang memberikan definisi kelakuan yang beretika.



q MIA By-Laws:

Menerangkan dan menjelaskan dengan lebih lanjut lagi perkara yang dibincangkan didalam Akta Akauntan, 1967 dan Akta Syarikat 1965.



Ø Kandungan Utama:



1. Prinsip Asas

2. Kebebasan Profesyenal

3. Kemahiran dan Sikap Berhati-hati

4. Kaedah Amalan

5. Penerangan dan surat Perlantikan

6. Pengiklanan, Publisiti dan Nasihat Guaman berhubung dengan Perkhidmatan Profesyenal Amalan Awam (Public Practices)

7. Wang pelanggan

8. Pinjaman kepada dan daripada pelanggan

9. Perhatian kepada hal surat menyurat dan pertanyaan

10. Yuran

11. Kerahsiaan

12. Komisen

13. Penukaran didalam perlantikan profesyenal

14. Rujukan

15. Tindakan yang memalukan/ tidak dibenarkan (discreditable) oleh profesyen

16. Perwakilan didalam mesyuarat kebangsaan atau antarabangsa (berkuatkuasa pada Mei 1997)





1. Prinsip Asas/penting:



a) didalam mempertimbangkan samada untuk meneruskan perlantikan, faktor yang akan menjejaskan kebebasan/ketulusannya, haruslah diambil kira.



b) ia haruslah mempunyai kemahiran (atau mendapat nasihat daripada sesaorang yang mempunyai kemahiran) untuk menjalankan tugas yang diterimanya



c) ia harus menjalankan tugasnya denagn sopan santun



d) jika kelakuan beretika tidak digariskan didalam kod etika, mestilah berkelakuan yang boleh menjaga nama baik profesyen.



2. Kebebasan profesyenal:



a) konsep tunggak profesyen perakaunan yang berkuatkuasa keatas akauntan di sektor awam dan bukan disektor awam.



b) bebas dan kelihatan bebas



c) memenuhi syarat yang termaktub didalam Akta Syarikat 1965, S.9 dan lain lain sekyen yang menyenaraikan siapa yang tidak layak menjadi juruaudit , pembubar syarikat (liquidator) atau pemegang amanah raya (receiver) seperti tidak boleh menjadi juruaudit jika ia memegang saham didalam syarikat yang diaudit, berhutang dengan syarikat, merupakan pekerja syarikat yang diaudit, ia seorang yang muflis, dan lain-lain.



d) tidak boleh menjadi juruaudit jiak ia juga seorang pembubar atau pemegang amanah raya syarikat yang diaudit.



3. Kemahiran dan sikap berhati-hati:



a) hendaklah sentiasa memperbaiki perkhidmatan teknikalnya dan pengetahuannya.



b) tidak melakukan kerja yang ia tidak mempunyai kemahiran.



c) mendapatkan nasihat pihak lain yang berkemahiran memebantunya didalm tugas yang ia kurang mahir



d) mengikuti kursus CPD (Continuing professional development) yang dijalankan oleh majlis



4. Kaedah Amalan:



a) tidak boleh menggunakan nama samaran



b) hendaklah membuat permohonan kepada majlis didalam penggunaan namanya dan nama firma. Ini adalah untuk memastikan tiada firma yang menggunakan nama yang sama.



c) setiap pengamal awam hendaklah memberitahu MIA akan alamat firmanya serta cawangannya samada tempatan atau luar negara.



d) ahli yang menjalankan amalan awam(public practice), tidak dibenarkan mengambil seseorang lain yang bukan ahli MIA sebagai rakan kongsi atau membenarkannya mengurus cawangannya atau menjalankan kerja pengurusan lain.



e) orang yang bukan ahli itu boleh memohon pengecualian daripada menjadi seorang ahli jika pengurusan sesuatu cawangan itu adalah tidak dibawah kawalannya tetapi adalah dibawah kawalan ahli institut itu. Ia hanya merupakan seorang pekerja sahaja.



f) hanya pengamal awam (PA) boleh menjadi seoang akauntan, juruaudit, pakar rujuk pencukaian atau penasihat pencukaian, kecuali didalam kes tertentu (LA, sebelum akta dikuatkuasakan).



g) pengamal awam “boleh” menolak tawaran perlantikan jika pelanggan tidak membayar yuran audit selama 2 tahun berturut-turut. Jika ini berlaku, tiada seorang pun juuraudit lain boleh mengambil tugas ini sehingga yuran audit dijelaskan. Jika juruaudit masih hendak menerima perlantikan walupun yuran audit belum dibayar hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada MIA.



5. Penerangan dan surat penerangan jawatan (designatory letter)



a) hendaklah menggunakan perkataan “Public Accountant” {P.A(M)}, “Registered Accountant” {R.A (M)} atau “Licensed Accountant” {L.A(M)}. Hendaklah dinyatakan terdahulu dari lain-lain gelaran.



b) ahli badan lain.



c) didalam menandatangani laporan atau dokumen lain, hanya boleh menggunakan P.A(M) atau L.A(M) sahaja.



6. Pengiklanan, Publisiti dan Nasihat Guaman berhubung dengan Perkhidmatan Profesyenal Amalan Awam (Public Practices)



a) tiada seorang pun didalam amalan awam dibenarkan mencari kerja profesyenal dengan cara pengiklanan atau memberikan surat pekeliling kepada pelanggan yang sedia ada.



b) dibenarkan memberikan nama, alamat firma bagi tujuan berikut:

i. mengiklankan jawatan kosong didalam firmanya

ii. mengiklankan bagi pihak pelanggan yang memerlukan kakitangan bekerja atau hendak membeli atau menjual perniagaan atau harta

iii. mengiklankan jualan perniagaan atau harta oleh seorang ahli yang bertindak sebagaipemegang amanah, pembubar atau kapasiti profesyenal lain

iv. penerbitan laporan, notis, penyata atau sijil yang dikehendaki oleh undang-undang seperti mesyuarat, laporan audit keatas penyata kewangan, notis perlantikan pembubar dengan syarat ianya dihadkan kepada apa yang diperlukan didalam laporan, notis, penyata atau sijil.

v. pengumuman penukaran alamat, telefon atau fax.



c) penerbitan tidak boleh mengandungi sebarang bentuk penyata yang menunjukkan ianya atau firmanya adalah seorang pakar



d) penerbitan juga tidak boleh menunjukkan firma audit secara “prominent”



e) tidak boleh menghantar “ucapan” (greetings) melalui suratkhabar atau majallah. Kad ucapan boleh dihantarkan tetapi terbatas kepada nama, mesej ucapan dan nama dan alamat firmanyanya dan logo firmanya.



f) alat tulis hendaklah mengandungi satu nama firma sahaja sebagai “letterhead”. Jika menjadi ahli lain, nama firma tersebut boleh diletakkan di bahagian bawah mukasurat.



g) tidak boleh mengambil tindakan keatas kerja profesyenal yang diperlukan melalui iklan kecuali kerja itu adalah sekali -sekala seperti kerja perundingan dan lain-lain.



7. Wang pelanggan



a) hendaklah dimasukkan kedalam bank secepat mungkin. Dipanggil akaun pelanggan. Kemudian baru boleh dimasukkan kedalam akaun pejabat.



b) pengeluaran wang pelanggan hanya boleh dibuat jika pelanggan telah diberitahu dan adalah untuk jumalah wang perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan dan bil pembayaran telah dikeluarkan.



8. Pinjaman kepada dan daripada pelanggan



a) tiada seorang pun didalam amalan awam boleh memberikan pinjaman kepada pelanggan atau menerima pinjaman daripada pelanggan, menjamin pinjaman pelanggan atau pelanggan menjamin pinjamannya dengan jumlah melebihi RM2,500.



9. Perhatian kepada hal surat menyurat dan pertanyaan



a) mesti menjawab surat (profesyenal) yang dihantar kepada mereka secepat mungkin



10. Yuran:



a) hendaklah mencerminkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan, peringkat latihan dan pengalaman yang dimiliki, masa yang telah dihabisakn melakukan kerja dan darjah tanggungjawab yang diperlukan.



b) yuran tidak boleh berasaskan peratus atau asas “contingency”



c) yuran tidak boleh dikenakan terlalu rendah kerana ini akan menjejaskan mutu kerja pengauditan yang dijalankan.



d) mulai dari 1 September, 1994, yuran hendaklah ditentukan berasaskan Appendix 1 dan 2 yang mana lebih tinggi.



11. Kerahsiaan:



a) setiap ahli mestilah merahsiakan segala maklumat yang ditemui semasa menjalankan tugas dan tidak boleh menggunakannya( atau dilihat menggunakannya) untuk kepentingan sendiri atau kepentingan pihak ketiga.



b) ahli boleh mendedahkan maklumat atau menggunakan maklumat dari rekod dan dokumen pelanggan dengan tidak mendapat kelulusan pelanggan didalam perkara berikut:



i. bagi tujuan menjalankan tugas kepada pelanggannya

ii. mengikut peruntukan undang-undang tersirat atau pendedahan yang dipaksa oleh proses undangundang

iii. pendedahan adalah diperlukan untuk menjaga kepentingan ahli



c) jika timbul kekeliruan samada hendak didedahkan atau tidak maklumat pelanggannya, hendaklah ia berbincang dengan rakan kongsi dan pengurus firma auditnya dan jika tidak boleh diselesaikan hendaklah merujuk kepada peguam.



d) ahli boleh mendedahkan maklumat pelanggan apabila ia ingin mendakawa pelanggan dimahkamah kerana tidak membayar yuran auditnya, membela dirinya dari tuduhan cuai atau kes jenayah dan lain lain.



12. Komisen:



a) tidak boleh membayar komisen untuk mendapatkan pelanggan atau menerima komisen kerana telah memperkenalkan pelanggan kepada pihak lain yang menjual barangan atau perkhidmatan.



13. Penukaran didalam perlantikan profesyenal:



a) jika dilantik menjalankan tugas yang selama ini telah dijalankan oleh juruaudit lain, hendaklah ia memberitahu juruaudit lama ini kecuali di tegah berbuat demikian dengan mengemukakan sebab yang menesabah.



b) juruaudit baru hendaklah meminta kebenaran daripada pelanggan untuk menghubungi juruaudit terdahulu. Jika tidak dibenarkan, ia hendaklah menolak perlantikan.



14. Rujukan



a) Setiap ahli pengamal awam yang menerima tugasan oleh kerana salah seorang ahlinya telah membuat rujukan kepadanya, hendaklah jika menerima tugasan itu memberitahu ahli yang mencadangkannya itu.



15. Tindakan yang memalukan/ tidak dibenarkan (discreditable)



Tindakan yang tidak dibenarkan oleh profesyen merangkumi kecuaian, tidak mempunyai kemahiran dan kelakuan yang tidak profesyenal. Berikut adalah contoh kelakuan yang tidak dibenarkan:



a) memegang rekod pelanggan setelah permintaan dibuat untuk menyerahkannya kepada pihak tertentu. Kecuali ahli memegangnya atas dasar menuntut yuran yang belum dibayar oleh pelanggan.



b) ahli yang membenarkan atau mengalakkan catatan yang mengelirukan (yang salah) dibuat dialam penyata kewangan atau rekod entiti.



c) ahli yang menasihiti pelanggan cara-cara untuk melarikan diri daripada membayar cukai.



d) ahli yang mengeluarkan cek atau bersubahat didalam mengeluarkan cek tak layan.



16. Perwakilan didalam mesyuarat kebangsaan atau antarabangsa:



Mesyuarat yang di maksudkan ialah :

· IFAC (International Federation of Accountants)

· IASC( International Acctg Stds Committee)

· CAPA (Confederation of Asian and Pacific Accountants)

· AFA (Asean Federation of Accountants)



a) jika pendapat tidak konsisten dengan jawatan dan/atau pendirian Institut, ia tidak boleh secara langsung/tidak langsung, dengan apa cara sekalipun mengenengahkan pendapat itu sebagai pendapat Institut. Ia mesti menyatakan pendapat itu adalah pendapat peribadinya sahaja.



b) jika tidak jelas dengan pendirian Institut, ia tidak perlu membuat sebarang kenyataan.







q Kod Etika MIA



Ø Kebebasan Profesyenal (Seksyen 3)

3-1

· Mesti bebas dan dilihat sebagai bebas

· Bebas dari segi fakta dan rupadiri

3-2

· Sama seperti Sek.9, Akta Syarikat 1965



Ø Kemahiran (Seksyen 4)

4-1 hingga 4-4

· Sentiasa peka dengan perkembangan profesyen perakaunan

· Meminta nasihat pakar jika tidak mampu menjalankan tugas

· Mengikuti kursus “CPD” (continuing professional education) iaitu kursus teknikal



Ø Kerahsiaan (Seksyen 12)

· Merahsiakan maklumat yang dijumpai dan tidak boleh menggunakan maklumat bagi kepentingan diri sendiri

· Boleh mendedahkan maklumat pelanggan apabila hendak:




§ mendakwa pelanggan kerana gagal membayar yuran

§ mempertahankan dirinya daripada sebarang bentuk tuduhan



Ø Lain-lain



5-4 A.

· Boleh enggan menjadi juruaudit jika yuran auditnya tidak dibayar didalam tempoh 2 tahun kewangan berturut- turut.



7-5 (1).

· Tidak boleh terlebih mengiklankan diri. Contoh “pakar cukai”, “pakar penasihat”.



9-1

· Tidak boleh memberi pinjaman kepada pelanggan atau menjamin pinjaman pelanggan (melebihi RM2,500)

· Tidak boleh meminjam daripada pelanggan melebihi RM2,500



11-1.

· Yuran harus mencerminkan masa dan kepakaran yang diperlukan



13-1.

· Tidak boleh memberi atau menerima komisen.



19-1

· Perwakilan kemesyuarat/ seminar perakaunan antarbangsa

· Pendapat persendirian mesti dimaklumkan

· Antarabangsa termasuk:

§ IFAC - International Federation of Accountants

§ IASC - International Accounting Standards Committee

§ CAPA - Confederation of Asian and Pacific Accountants

§ AFA - Asean Federation of Accountants



q Konsep bebas, Integriti (Keikhlasan) dan Objektif



Ø Kebebasan

1. Akta Syarikat 1965, Seksyen .9



2. Menjalankan perkhidmatan profesyennya dengan berhati-hati dan ikhlas.



Ø Konsep Kerahsiaan

Tidak boleh membentangkan atau mengemukakan sebarang maklumat sulit yang diperolehi semasa menjalankan pengauditan difirma pelanggan kecuali mereka mendapat kebenaran atau persetujuan daripada pihak berkenaan.



Ø Pengiklanan

Melarang setiap ahli didalam firma perakaunan menjalankan pengiklanan keatas perkhidmatan profesyen sendiri kecuali didalam “Accountancy journals”.



Ø Yuran audit dan pampasan

Melarang menerima hadiah atau sebarang kelebihan bagi menjamin ahli-ahlinya adalah adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.



Contoh: penggantungan keahlian dari AICPA

Pada November 13, 199x, Lembaga Tindakan Disiplin telah membuat keputusan untuk menggantung keahlian Encik Y , Illinois, U.S.A sehingga 31 Disember 199X kerana telah tidak mengikuti GAAS dan GAAP, peraturan didalam kod kelakuan beretika.

Ahli panel telah mendapati, ahli telah mengeluarkan laporan yang tidak lengkap berhubumg dengan penyata kewangan berdasrkan kerja yang dijalankan oleh ahli bukan CPA. Kertas kerja pengauditan telah didapati tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk pengeluaran laporan bersih.

Ø Berikut adalah senarai kelakuan beretika:



1. Boleh percaya (honesty) : Mestilah bercakap benar, tidak menipu, ikhlas, tidak mencuri, berbohong atau bertindak dengan niat untuk menipu.



2. Ketulusan (integrity) : Hendaklah mempunyai prinsip, berani, dihormati, cermat, berhati-hati dan tidak mengikut falsafah “an end justifies the means”



3. Berpegang pada janji : Boleh dipercayai, memegang janji, memenuhi segala perjanjian, tidak menterjemahkan perjanjian dengan cara teknikal atau mengikut undang-undang supaya tindakan tidak mematuhi perjanjian atau memenuhi perjanjian boleh dibela.



4. Taat setia : Taat dan setia pada rakan, keluarga, majikan,pelanggan, negara dan tidak mendedahkan maklumat yang sepatutnya dirahsiakan. Didalam konteks profesyenal, menjaga keupayaan untuk membuat keputusan profesyenal. Juruaudit hendaklah bebas dan dan tidak mementingkan diri sendiri atau pengaruh pihak pengurusan.



5. Keadilan : Hendaklah bersikap adil dan mempunyai pemikiran yang luas, mengaku kesalahan/kesilapan yang dibuat, bersedia membuat perubahan demi kebaikan, tidak mengambil kesempatan diatas kelemahan atau kesusahan orang lain.



6. Menjaga kebajikan orang lain : Hendaklah menjaga kebajikan ornag lain, baik dan memahami masaalah orang lain, bersedia untuk berkongsi, membuat kebajikan dan tidak melakukan kekerasan keatas yang lemah.



7. Menghormati yang lain : Menghormati manusia lain, kebebasannya , maruahnya , hal persendiriannya, bersopan-santun, memberikan maklumat kepada sesiapa yang berkehendakkan maklumat supaya mereka boleh membuat keputusan yang sebaik mungkin, jangan menjatuhkan air muka orang lain.



8. Rakyat yang bertanggungjawab : Mengikuti undang-undang yang telah ditetapkan. Jika undang-undang tidak adil, bersuara dan memberitahu pihak yang berkenaan, mengikuti kesemua hak mengundi dan hak demokrasi lain, berkhidmat kepada masyarakat, hormati proses demokrasi.



9. Mencari kecemerlangan : Mencari kecemerlangan dengan cara apa pun didalam memenuhi tanggungjawab profesyenal. Hendaklah tekun bekerja, bersedia menghadapi cabaran, bertanggungjawab, menjalankan kesemua tugas sebaik yang mungkin, peka dengan keadaan sekeliling, maklumat terkini dan hindari falsafah “win at all costs”.



10. Akauntabiliti : Hendaklah bersifat bertanggung jawab (“accountability”) didalam sesuatu kerja yang dijalankan atau tidak dijalankan dan menunjukkan contoh yang baik. Ibu bapa, guru, majikan ,profesyenal lain dan orang awam mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan contoh yang baik, menjaga ketulusan, kebenaran, penghormatan keluarga, syarikat dan kerajaan. Sesorang yang mempunyai etika yang tinggi akan mengelakkan membuat sesuatu yang “nampak” tidak beretika dan mengambil tindakan yang diperlukan untuk menghindari atau memperbetulkan kelakuan yang tidak beretika.


Conflicts of Interest and the Case of Auditor Independence - Moral Seduction and Strategic Issue Recycling ...

1 comments
  1. asyraf azhar December 24, 2012 at 4:36 AM  

    salam,
    Adakah Auditor baru dibenarkan untuk mendapatkan maklumat dari juruaudit yang lama bagi proses pengauditan syarikat?

    kerana maklumat yang diterima dari Juruaudit lama adalah sulitkan..